Wednesday, 5 December 2012

XTVT: JUALAN BUKU

Assalamualaikum w.b.t

Makluman kepada ibu bapa/waris pelajar SRINPEK 2013.
Jualan buku akan diadakan bermula 16 Disember 2012 sehingga 27 Disember 2012 (hari bekerja sahaja) pada jam 9.00 pagi - 1.00 petang.

Sekian. 
Harap Maklum.



Friday, 5 October 2012

EVENT: MAJLIS PENYERAHAN MOU SABK

Assalamualaikum w.b.t.

Tanggal 23 September 2012 (Ahad), Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim telah mengadakan Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman di antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan secara rasminya SRINPEK telah menjadi salah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Tahniah diucapkan kepada pihak Lembaga Pengurusan serta PIBG, guru-guru, ibu bapa serta para pelajar SRINPEK. 

Sepanjang majlis ...







 




















Tahniah !!!

Friday, 21 September 2012

PRE-EVENT: MAJLIS PENYERAHAN MOU S.A.B.K OLEH KPM

Assalamualaikum w.b.t.

Makluman kepada semua,
Alhamdulillah, Sek Ren Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim akan mengadakan Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada:

Tarikh    : 23 September 2012
Hari       : Ahad
Masa     : 9.30 pagi (Pendaftaran)

Semua waris pelajar Tahun Satu - Tahun Enam serta pelajar Tahun 5 & Tahun 6 dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan majlis.

Sekian.

Tuesday, 10 July 2012

UPSR: LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Assalamualaikum w.b.t



Pada hari ini, Ahad 08.07.2012 pelajar Tahun 6 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Maahad Tahfiz Sains , Kulim (bersebelahan SMA Tarbiah Diniah, Kulim) 

Thursday, 5 July 2012

PERLIS & ALOR STAR: LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Assalamualaikum w.b.t

Pada 30.0.2012 (Sabtu), Persatuan Sains, Bahasa Arab dan Pendidikan Islam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perlis & Alor Star, Kedah. Seramai 60 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut.










Monday, 25 June 2012

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ

Assalamualaikum w.b.t.

Pada 20.06.2012 (Rabu) yang lepas, SRINPEK telah mengadakan sambutan Isra' Mikraj bertempat di Surau & Dewan SRINPEK. Majlis tersebut disertai oleh semua guru dan pelajar Tahap 1 & 2. 





Majlis bersurai pada jam 3.45 petang

Tuesday, 12 June 2012

SURAT SIARAN GB: Makluman Bil (128) / 11 Jun 2012

Assalamualaikum w.b.t


Makluman kepada: Ibu Bapa / Waris Pelajar SRINPEK


PER: MAKLUMAN MAJLIS BACAAN YASSIN, CUTI, SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ, PUASA SUNAT & JATI WARIS.


Makluman dan tindakan adalah seperti berikut: 

  1. 14.06.2012 (Khamis) : Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat (UPSR 2012) bertempat di Surau, SRINPEK Sg.Ular, jam 7.00 malam.
  2. 17.06.2012 (Ahad) : Cuti sempena Isra' Mikraj. Sekolah akan dibuka semula pada 18.06.2012 (Isnin).
  3. 20.06.2012 (Rabu) : Sambutan Isra' Mikraj. 8.00 - 1.00 tengahari : belajar seperti biasa (ikut jadual koko), 2.00 -3.45 petang : Sambutan Isra' Mikraj
  4. 24.06.2012 (Ahad) : Jati Waris Tahun 1 - Tahun 6 bertempat di kelas masing-masing. Pelajar dibenarkan pulang setelah waris mengambil buru rekod kemajuan.
  5. Yuran Tertunggak : Diminta kepada waris yang belum menjelaskan yuran, sila berbuat demikian dengan kadar segera.
Sekian.