Tuesday, 25 June 2013

SURAT SIARAN GB: JATI WARIS, CUTI AWAL RAMADHAN & WAKTU PERSEKOLAHAN PADA BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t

Kepada: 
Ibu bapa/Waris Pelajar Tahun 1 - Tahun 6


Merujuk kepada surat siaran Bil(181) Dalam GB/SRINPEK/2013 bertarikh 24 Jun 2013 yang telah diedarkan kepada pelajar pada 25 Jun 2013, beberapa makluman untuk tindakan tuan/puan adalah seperti berikut:

1. Program Jati Waris (30.06.2013
  •  Masa: 10.00 pagi - 1.00 tengahari 
  • Tempat : Kelas masing-masing
  • Ibu bapa dijemput hadir ke sekolah bagi menandatangani buku rekod kemajuan pelajar.
  • Pelajar dibenarkan pulang selepas menandatangani buku rekod.

2. Cuti Awal Ramadhan dan Cuti Sempena Sukan Sekolah Agama Negeri Kedah (10.07.2013 & 11.07.2013)
  • Sekolah akan bercuti pada tarikh tersebut. 
  • Sekolah akan dibuka semula pada 14.07.2013.

3. Waktu Persekolahan Sepanjang Ramadhan
  • Sesi persekolahan bermula pada jam 8.00 pagi - 2.00 petang.
  • Pelajar dikehendaki mengikut jadual seperti biasa. 
  • Pelajar dibenarkan pulang pada jam 2.00 petang.
  • Pejabat sekolah dibuka pada jam 7.45 pagi - 3.45 petang pada bulan Ramadhan. 

4. Majlis Tahlil Bulan Ramadhan anjuran PIBG SRINPEK
  • Kepada waris yang berminat dikehendaki mengisi borang yang diedarkan.
  • Sumbangan untuk seorang arwah adalah RM5.00.
  • Bacaan tahlil ini dibaca oleh ustaz-ustaz dan para pelajar Tahap Dua.

Sekian. Terima Kasih.

Admin
-Fathiah-

Wednesday, 8 May 2013

MAKLUMAN MAJLIS BACAAN YASIN, SAMBUTAN HARI GURU, SAMBUTAN HARI SUKAN PERINGKAT SEKOLAH, CUTI PERISTIWA, PEPERIKSAAN DAN CUTI SEMESTER 1


Perkara di atas adalah dirujuk.

2.                Makluman dan tindakan adalah seperti berikut :-

BIL
TARIKH/
HARI
PERKARA /TEMPAT/ MASA
CATATAN
1
09.05.2013
( Khamis )
Majlis Bacaan  Yasin UPSR 2013 Masa : 7.00 malam – 9.00 malam
Tempat : Surau SRINPEK
Semua  waris dan pelajar tahun 6 dijemput hadir.
2
16.05.2013
( Khamis )
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

- Semua pelajar dikehendaki memakai baju sukan.
- Pelajar akan dibenarkan pulang awal pada pukul 1.00 tengahari.
3
19.05.2013 – 23.05.2013
( Ahad – Khamis _
Peperiksaan Penggal Pertama
- Jadual akan diedarkan.
4
24.05.2013 – 08.06.2013
( Jumaat – Sabtu )
Cuti Sekolah Penggal Pertama
-Pihak sekolah akan mengedarkan takwim muhasabah diri dan diharap pihak waris dapat memantau aktiviti pelajar – pelajar sepanjang musim cuti sekolah.
- Sekolah akan dibuka semula pada 09.06.2013 ( Ahad).
5
12.06.2013
( Rabu )
Sambutan Hari Sukan Peringkat Sekolah
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Stadium Mini, Keladi
semua waris dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis.
6
13.06.2013
( Khamis )
Cuti Peristiwa  sempena Sambutan Hari Sukan
Sekolah akan dibuka semula pada 16.06.2013 ( Ahad )

Sekian, terima kasih.

Thursday, 25 April 2013

MAKLUMAN: SEKOLAH GANTI 27 APRIL 2013

Assalamualaikum w.b.t

Perhatian kepada:
Ibu Bapa/Waris Pelajar SRINPEK 2013

Per: Sekolah Ganti
1. Sekolah ganti adalah pada 27 April 2013 (Sabtu).
2. Pelajar dikehendaki memakai baju sukan.
3. Pelajar dibenarkan pulang pada jam 12.30 tengahari.


Sekian.
Harap Maklum.     

TAHNIAH: JOHAN HAFAZAN PERINGKAT NEGERI KEDAH

Assalamualaikum w.b.t

(Kredit Gambar: Facebook SRINPEK)
 
Guru Besar bersama Johan Hafazan, Nur Shakirah bt Faisal.

 Tahniah diucapkan kepada adik Nur Shakirah bt Faisal, pelajar Tahun 6 Saidina Abu Bakar yang telah menjadi johan hafazan untuk Majlis Tadarus Al-Quran bagi peringkat negeri Kedah. Beliau akan mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan. Semoga kemenangan menjadi milik beliau. InsyaAllah :)

Monday, 22 April 2013

XTVT: HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, tanggal 30 Disember 2012, SRINPEK memulakan sesi persekolahan pertama bagi tahun 2013.

 Suasana Hari Pertama Persekolahan
 (Kredit Gambar: Facebook SRINPEK)
 

 

 

Wednesday, 5 December 2012

XTVT: JUALAN BUKU

Assalamualaikum w.b.t

Makluman kepada ibu bapa/waris pelajar SRINPEK 2013.
Jualan buku akan diadakan bermula 16 Disember 2012 sehingga 27 Disember 2012 (hari bekerja sahaja) pada jam 9.00 pagi - 1.00 petang.

Sekian. 
Harap Maklum.



Friday, 5 October 2012

EVENT: MAJLIS PENYERAHAN MOU SABK

Assalamualaikum w.b.t.

Tanggal 23 September 2012 (Ahad), Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim telah mengadakan Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman di antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan secara rasminya SRINPEK telah menjadi salah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Tahniah diucapkan kepada pihak Lembaga Pengurusan serta PIBG, guru-guru, ibu bapa serta para pelajar SRINPEK. 

Sepanjang majlis ...







 




















Tahniah !!!