Tuesday 1 April 2014

MAKLUMAN SEKOLAH GANTI DAN CUTI SEMPENA KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ISLAM PERINGKAT NEGERI KEDAH

Kepada:

Waris pelajar Tahun SRINPEK



PER : MAKLUMAN SEKOLAH GANTI DAN CUTI SEMPENA KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ISLAM PERINGKAT NEGERI KEDAH.

BIL
TARIKH/
HARI
PERKARA /TEMPAT/ MASA
CATATAN
1
05.04.2014
Sabtu
Sekolah Ganti
-Mengikut jadual hari Rabu.
-Pelajar dibenarkan pulang pada jam 12.30 tengahari.
-Pakaian : Pakaian Sukan
2
06.04.2014
Ahad
Cuti Sempena Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Islam Peringkat Negeri Kedah
-Sekolah akan dibuka semula pada 07.04.2014 (Isnin)

Sekian, terima kasih.


Yang Benar,

……………………….
(FAUZIAH BINTI ISMAIL)
Guru Besar
Sek Ren Islam Nurul Hidayah

Penghulu Elang, Kulim

Wednesday 19 March 2014

MAKLUMAN BALIK AWAL,PUASA SUNAT,CUTI SEKOLAH DAN MESYUARAT AGONG PIBG 2014



BIL
TARIKH/
HARI
PERKARA /TEMPAT/ MASA
CATATAN
1
20.03.2014
Khamis
Balik Awal dan Puasa Sunat -Murid-murid tahap 2 diwajibkan berpuasa, manakala murid-murid tahap 1 digalakkan.
-Pelajar dibenarkan pulang awal pada jam 12.30 tengahari kerana guru-guru akan mendaftar di IPG masing-masing pada hari Jumaat.
2
21.03.2014 – 29.03.2014
Jumaat - Sabtu
Cuti Sekolah Takwim Muhasabah diri telah diedarkan kepada murid-murid.
Murid-murid perlu melaksanakan tanggungjawab ini dengan jujur dan pihak waris diminta memantau anak masing-masing.
Takwim Muhasabah Diri ini hendaklah dihantar kepada guru kelas masing-masing apabila sekolah dibuka.
3
24.03.2014 – 27.03.2014
Isnin - Khamis
Kelas Tambahan Tahun 6


-Bersama-sama ini dilampirkan jadual kelas tambahan Tahun 6.
-Semua pelajar Tahun 6 diwajibkan hadir.
3
30.03.2014
Ahad
Mesyuarat Agung PIBG


Tempat : Dewan SRINPEK
Masa : 2.00 petang
-Semua waris dijemput hadir.
-Pelajar akan dibenarkan pulang awal pada jam 12.30 tengahari.


Wednesday 22 January 2014

MAKLUMAN PUASA SUNAT, BANTUAN RM100.00, MAJLIS MAULIDURRASUL DAN CUTI TAHUN BARU CINA

Perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Makluman dan tindakan adalah seperti berikut :-

BIL
TARIKH/
HARI
PERKARA /TEMPAT/ MASA
CATATAN
1

27.01.2014
Isnin
Puasa sunat Kali pertama
Pelajar Tahap 2 diwajibkan berpuasa. Manakala pelajar Tahap 1 digalakkan berpuasa.
Lawatan Aktiviti Unit Bergerak Pendidikan Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah


Masa : 2.30 petang
-Pihak Unit Promosi Kesihatan (UPK ) akan menyampaikan Ceramah Kempen Cara Hidup Sihat,Pameran,Demontrasi Cuci Tangan kepada para pelajar sekolah ini.
2
29.01.2014 Rabu
Bantuan RM 100.00
-Mulai jam 2.00 petang – 3.45 petang di kelas masing – masing.
-Waris dibenarkan membawa pulang anak – anak selepas mengambil bantuan tersebut.
2
30.01.2014 Khamis
Sambutan Maulidurrasul
-Bermula jam 8.00 pagi – 1.00 tengahari.
-Pelajar dibenarkan pulang pada jam 1.00 tengahari.


Pakaian Lelaki dan Perempuan:
-Jubah digalakkan.
-Baju Kurung dan Baju Melayu.
3
02.02.2014 Ahad
Cuti Tahun Baru Cina
-Sekolah akan dibuka semula pada 03.02.2014 ( Isnin )
4

Makluman
-Kepada waris yang belum mendaftar anak Tahun 1 2015, dipohon membuat pendaftaran.
-Pendaftaran tahun 1 amat terhad.


Sekian, terima kasih.

Monday 13 January 2014

KEPADA:
Ibu Bapa / Waris Pelajar SRINPEK,

MAKLUMAN CUTI MALIDURRASUL,CUTI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH, PELANCARAN PROGRAM ANAK SOLEH /SOLEHAH DAN PUASA SUNAT

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.                Makluman dan tindakan adalah seperti berikut :-


BIL
TARIKH/
HARI
PERKARA /TEMPAT/ MASA
CATATAN
1
14.01.2014
Selasa

Cuti Malidurrasul


Sekolah akan dibuka semula pada 15.01.2014 ( Rabu )
2
19.01.2014
Ahad
Cuti Keputeraan Sultan Kedah

Sekolah akan dibuka semula pada 20.01.2014 ( Isnin )
3
12.01.2014
Ahad
Pelancaran Program Anak
Soleh /Solehah
Makluman
4
27.01.2014
Isnin
Puasa sunat Kali pertama
Pelajar Tahap 2 diwajibkan berpuasa. Manakala pelajar Tahap 1 digalakkan berpuasa.
5

Makluman
-Waris tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah semasa mengantar dan mengmbil anak-anak dari sekolah.
- Waris juga dinasihati supaya tidak menghalang lalulintas dihadapan pintu masuk guru-guru pada waktu pagi.
- Waris juga dinasihati supaya menghantar anak- anak sebelum loceng berbunyi (7.50 pagi) terutama pada hari Ahad.

Wednesday 11 December 2013

SESI PERSEKOLAHAN 2014


PERHATIAN !!!!

Sekolah akan dibuka untuk sesi persekolahan 2014 seperti berikut : 

              Tarikh : 31.12.2013 
         Hari     : Selasa
         Waktu Persekolahan : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

*** 01.01.2014 ( Rabu ) sesi persekolahan berjalan seperti biasa.
*** Waktu persekolahan pada 01.01.2014 (Rabu ) : 8.00 pagi - 3.45 petang

Thursday 21 November 2013

TARIKH JUALAN BUKU DAN KELAS TUISYEN TAHUN 6(2014)

1.            JUALAN BUKU TEKS 

        TARIKH : 22.12.2013 , 23.12.2013 DAN                    24.12.2013
         HARI  : AHAD - SELASA
         MASA  : 8.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI
                 2.00 PETANG - 3.30 PETANG
                  
         REHAT : 1.00 PETANG - 2.00 PETANG 

*** Senarai buku boleh didapati di pejabat mulai sekarang.

2.               KELAS TUISYEN TAHUN 6 2014

SEMUA PELAJAR TAHUN 5 2013 DIWAJIBKAN HADIR. 
DIKEHENDAKI MEMBAWA BEKAL MAKANAN SENDIRI.

Wednesday 2 October 2013

PERJUMPAAN KHAS WARIS BERSAMA LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH-  YURAN BULANAN SEKOLAH


Perjumpaan khas waris bersama Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) pada 29 September 2013 di Surau SRINPEK mengenai perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman tuan/puan, mulai 25 September 2013, gaji guru dan kaki tangan SRINPEK telah mulai dibayar oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Perjumpaan khas ini dilaksanakan bagi membuat keputusan bersama (syura) berhubung tunggakan gaji yang diterima oleh para guru SRINPEK daripada pihak KPM mulai Januari hingga Ogos 2013.

3.         Berikut adalah usul dan undian yang telah dibuat oleh para waris yang hadir:
3.1      Semua tunggakan gaji layak diterima oleh semua guru dan kaki tangan SRINPEK; (120 waris menyokong)                           
3.2       Semua tunggakan dipulangkan semula oleh guru dan kaki tangan SRINPEK kepada Tabung Pembangunan Sekolah; (3 waris menyokong)
3.3       Tunggakan gaji dari Januari – Jun 2013 layak diterima oeh guru dan kaki tangan SRINPEK; manakala tunggakan gaji dari Julai dan Ogos 2013 dipulangkan kepada waris; (5 waris menyokong)

4.         Pihak LPS amat menyanjung tinggi keputusan yang telah diambil oleh majoriti besar para waris atas perkara 3.1 sebagai menghargai pengorbanan besar yang telah diberikan oleh para guru dan kaki tangan SRINPEK sejak 14 tahun yang lalu.

5.         Pihak LPS juga mengharapkan sokongan padu para waris ini akan menyemarakkan lagi iltizam para guru dan kaki tangan SRINPEK untuk terus memberikan khidmat cemerlang dalam mendidik anak-anak di SRINPEK.


6.         Sehubungan dengan itu, mulai Oktober 2013 hanya yuran-yuran berikut yang perlu dijelaskan oleh para waris:

            6.1      Yuran Azhari                                                           RM 30.00 sebulan
                        (untuk semua subjek agama yang diajar
                                di sekolah: Quran, hadis, bahasa arab, aqidah,
                                feqah, sirah, hafazan, akhlak, jawi juga untuk
                                bayaran gaji guru Lembaga, program-program
                                pelajar)

               

            6.2      Yuran Makan                                                           RM 59.00 sebulan                                                                                                             (kekal sehingga diberitahu)


7.         Perhatian, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh tuan/puan dalam membuat keputusan ini amat dihargai. Mudah-mudahan Allah SWT akan mempermudahkan pula urusan tuan/puan di masa-masa akan datang, Insya-Allah.

Sekian, terima kasih.