Wednesday 2 October 2013

PERJUMPAAN KHAS WARIS BERSAMA LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH-  YURAN BULANAN SEKOLAH


Perjumpaan khas waris bersama Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) pada 29 September 2013 di Surau SRINPEK mengenai perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman tuan/puan, mulai 25 September 2013, gaji guru dan kaki tangan SRINPEK telah mulai dibayar oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Perjumpaan khas ini dilaksanakan bagi membuat keputusan bersama (syura) berhubung tunggakan gaji yang diterima oleh para guru SRINPEK daripada pihak KPM mulai Januari hingga Ogos 2013.

3.         Berikut adalah usul dan undian yang telah dibuat oleh para waris yang hadir:
3.1      Semua tunggakan gaji layak diterima oleh semua guru dan kaki tangan SRINPEK; (120 waris menyokong)                           
3.2       Semua tunggakan dipulangkan semula oleh guru dan kaki tangan SRINPEK kepada Tabung Pembangunan Sekolah; (3 waris menyokong)
3.3       Tunggakan gaji dari Januari – Jun 2013 layak diterima oeh guru dan kaki tangan SRINPEK; manakala tunggakan gaji dari Julai dan Ogos 2013 dipulangkan kepada waris; (5 waris menyokong)

4.         Pihak LPS amat menyanjung tinggi keputusan yang telah diambil oleh majoriti besar para waris atas perkara 3.1 sebagai menghargai pengorbanan besar yang telah diberikan oleh para guru dan kaki tangan SRINPEK sejak 14 tahun yang lalu.

5.         Pihak LPS juga mengharapkan sokongan padu para waris ini akan menyemarakkan lagi iltizam para guru dan kaki tangan SRINPEK untuk terus memberikan khidmat cemerlang dalam mendidik anak-anak di SRINPEK.


6.         Sehubungan dengan itu, mulai Oktober 2013 hanya yuran-yuran berikut yang perlu dijelaskan oleh para waris:

            6.1      Yuran Azhari                                                           RM 30.00 sebulan
                        (untuk semua subjek agama yang diajar
                                di sekolah: Quran, hadis, bahasa arab, aqidah,
                                feqah, sirah, hafazan, akhlak, jawi juga untuk
                                bayaran gaji guru Lembaga, program-program
                                pelajar)

               

            6.2      Yuran Makan                                                           RM 59.00 sebulan                                                                                                             (kekal sehingga diberitahu)


7.         Perhatian, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh tuan/puan dalam membuat keputusan ini amat dihargai. Mudah-mudahan Allah SWT akan mempermudahkan pula urusan tuan/puan di masa-masa akan datang, Insya-Allah.

Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment