Wednesday 5 December 2012

XTVT: JUALAN BUKU

Assalamualaikum w.b.t

Makluman kepada ibu bapa/waris pelajar SRINPEK 2013.
Jualan buku akan diadakan bermula 16 Disember 2012 sehingga 27 Disember 2012 (hari bekerja sahaja) pada jam 9.00 pagi - 1.00 petang.

Sekian. 
Harap Maklum.



Friday 5 October 2012

EVENT: MAJLIS PENYERAHAN MOU SABK

Assalamualaikum w.b.t.

Tanggal 23 September 2012 (Ahad), Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim telah mengadakan Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman di antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan secara rasminya SRINPEK telah menjadi salah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Tahniah diucapkan kepada pihak Lembaga Pengurusan serta PIBG, guru-guru, ibu bapa serta para pelajar SRINPEK. 

Sepanjang majlis ...







 




















Tahniah !!!

Friday 21 September 2012

PRE-EVENT: MAJLIS PENYERAHAN MOU S.A.B.K OLEH KPM

Assalamualaikum w.b.t.

Makluman kepada semua,
Alhamdulillah, Sek Ren Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim akan mengadakan Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada:

Tarikh    : 23 September 2012
Hari       : Ahad
Masa     : 9.30 pagi (Pendaftaran)

Semua waris pelajar Tahun Satu - Tahun Enam serta pelajar Tahun 5 & Tahun 6 dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan majlis.

Sekian.

Tuesday 10 July 2012

UPSR: LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Assalamualaikum w.b.t



Pada hari ini, Ahad 08.07.2012 pelajar Tahun 6 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Maahad Tahfiz Sains , Kulim (bersebelahan SMA Tarbiah Diniah, Kulim) 

Thursday 5 July 2012

PERLIS & ALOR STAR: LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Assalamualaikum w.b.t

Pada 30.0.2012 (Sabtu), Persatuan Sains, Bahasa Arab dan Pendidikan Islam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perlis & Alor Star, Kedah. Seramai 60 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut.










Monday 25 June 2012

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ

Assalamualaikum w.b.t.

Pada 20.06.2012 (Rabu) yang lepas, SRINPEK telah mengadakan sambutan Isra' Mikraj bertempat di Surau & Dewan SRINPEK. Majlis tersebut disertai oleh semua guru dan pelajar Tahap 1 & 2. 





Majlis bersurai pada jam 3.45 petang

Tuesday 12 June 2012

SURAT SIARAN GB: Makluman Bil (128) / 11 Jun 2012

Assalamualaikum w.b.t


Makluman kepada: Ibu Bapa / Waris Pelajar SRINPEK


PER: MAKLUMAN MAJLIS BACAAN YASSIN, CUTI, SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ, PUASA SUNAT & JATI WARIS.


Makluman dan tindakan adalah seperti berikut: 

  1. 14.06.2012 (Khamis) : Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat (UPSR 2012) bertempat di Surau, SRINPEK Sg.Ular, jam 7.00 malam.
  2. 17.06.2012 (Ahad) : Cuti sempena Isra' Mikraj. Sekolah akan dibuka semula pada 18.06.2012 (Isnin).
  3. 20.06.2012 (Rabu) : Sambutan Isra' Mikraj. 8.00 - 1.00 tengahari : belajar seperti biasa (ikut jadual koko), 2.00 -3.45 petang : Sambutan Isra' Mikraj
  4. 24.06.2012 (Ahad) : Jati Waris Tahun 1 - Tahun 6 bertempat di kelas masing-masing. Pelajar dibenarkan pulang setelah waris mengambil buru rekod kemajuan.
  5. Yuran Tertunggak : Diminta kepada waris yang belum menjelaskan yuran, sila berbuat demikian dengan kadar segera.
Sekian.


Friday 25 May 2012

SURAT SIARAN GB: Makluman Bil (108) / 24 Mei 2012

Assalamualaikum w.b.t.

Makluman kepada: Ibu Bapa / Waris Pelajar SRINPEK

PER: MAKLUMAN PENDAFTARAN TAHUN 1 (2013), MAJLIS TAHLIL BULAN RAMADHAN DAN JUALAN AMAL.

Makluman dan tindakan adalah seperti berikut:
  1. Pendaftaran Tahun 1 (2013) : Kepada waris yang belum mendaftarkan anak bagi Tahun 1 (2013) bolehlah membuat pendaftaran sekarang di pejabat sekolah.
  2. Majlis Tahlil Bulan Ramadhan : Majlis ini akan dilaksanakan oleh guru-guru dan murid-murid Tahap 2 di surau sekolah (SRINPEK Sg.Ular) pada bulan Ramadhan bermula jam 1.30 petang - 2.15 petang. Borang telah diedarkan kepada pelajar. Bagi ibu bapa / waris yang inginkan borang tambahan atau kehilangan borang, anda boleh memuat turun borang tersebut di sini. Borang boleh diserahkan kepada guru kelas masing-masing selewat-lewatnya pada 17 Julai 2012
  3. Jualan Amal : Majalah Solusi Isu 44 (RM10), GenQ Isu 10 (RM7) dan Majalah Al-Ustaz Bil 2 (RM9) boleh didapati di pejabat sekolah.

Wednesday 23 May 2012

SRINPEK @ NEWSPAPER


Keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 23 Mei 2012 berkenaan Perasmian Makmal Komputer Ibnu Sina SRINPEK.

Sunday 20 May 2012

SURAT SIARAN GB: Makluman Bil (107) / 20 Mei 2012

Assalamualaikum w.b.t.


Makluman kepada : Ibu Bapa / Waris Pelajar SRINPEK


PER: MAKLUMAN CUTI SEKOLAH PENGGAL PERTAMA, TAQWIM MUHASABAH DIRI DAN WAKTU PEJABAT DIBUKA SEMASA CUTI SEKOLAH.


Makluman dan tindakan adalah seperti berikut:


    1. 25.05.2012 - 09.06.2012 : Cuti Persekolahan Penggal Pertama. Sekolah akan dibuka semula pada 10.06.2012.
    2. Taqwim Muhasabah Diri : Akan diedarkan kepada pelajar. Pelajar perlu melaksanakan tanggungjawab ini dengan jujur dan pihak waris diminta memantau anak masing-masing.Taqwim perlu diserahkan kepada guru kelas masing-masing pada hari pertama persekolahan.
    3. 27.05 - 31.05.2012 / 03.06 - 07.06.2012 : Pejabat sekolah beroperasi semasa cuti sekolah. Pejabat dibuka mulai pukul 8.00 pagi - 2.00 petang.
    4. 27.05.2012 - 29.05.2012 : Kem Ana Muslim
    5. 28.05.2012 - 31.05.2012 / 04.06.2012 - 07.05.2012 : Kelas Tambahan Tahun 6. Jadual akan diserahkan kepada pelajar-pelajar.





Saturday 12 May 2012

AHLAN WA SAHLAN

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang ke laman baru
Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim
Terkini, laman ini merupakan laman rasmi bagi sekolah SRINPEK
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, idea atau maklumbalas
bolehlah berhubung dengan kami di

SEK REN ISLAM NURUL HIDAYAH PENGHULU ELANG KULIM
LOT 391, KG. PAYA TOK BETOK,
MUKIM SG.ULAR,
09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN
No.Telefon  : 04-4906580 (pej & fax)
Email Sek    : srinpek@gmail.com
Laman Blog : http://srinpek-kulim.blogspot.com

Sekian.

Admin
-Fathiah-