Assalamualaikum w.b.t.
Makluman kepada: Ibu Bapa / Waris Pelajar SRINPEK
PER: MAKLUMAN PENDAFTARAN TAHUN 1 (2013), MAJLIS TAHLIL BULAN RAMADHAN DAN JUALAN AMAL.
Makluman dan tindakan adalah seperti berikut:
- Pendaftaran Tahun 1 (2013) : Kepada waris yang belum mendaftarkan anak bagi Tahun 1 (2013) bolehlah membuat pendaftaran sekarang di pejabat sekolah.
- Majlis Tahlil Bulan Ramadhan : Majlis ini akan dilaksanakan oleh guru-guru dan murid-murid Tahap 2 di surau sekolah (SRINPEK Sg.Ular) pada bulan Ramadhan bermula jam 1.30 petang - 2.15 petang. Borang telah diedarkan kepada pelajar. Bagi ibu bapa / waris yang inginkan borang tambahan atau kehilangan borang, anda boleh memuat turun borang tersebut di sini. Borang boleh diserahkan kepada guru kelas masing-masing selewat-lewatnya pada 17 Julai 2012.
- Jualan Amal : Majalah Solusi Isu 44 (RM10), GenQ Isu 10 (RM7) dan Majalah Al-Ustaz Bil 2 (RM9) boleh didapati di pejabat sekolah.
No comments:
Post a Comment